churpchurp!!!!!!

Sunday, January 16, 2011

INTERLOK: malu dengan sejarah sendiri?!

Selepas pandangan para ulama diketepikan, azan beransur-ansur pula disuruh perlahan, kini karya seorang sasterawan telah dibakar. Tiada apa yang meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karya tulisannya dibakar. Satu penghinaan.



Perbuatan sesetengah pihak yang berkepentingan sengaja mengheret INTERLOK menjadi modal bicara politik. Kononnya mereka-lah pejuang bangsa. Walhal, menurut penulisnya Datuk Abdullah Hussain; INTERLOK telah diterbitkan 40 tahun dahulu. Ia menjadi isu apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memilih INTERLOK sebagai buku rujukan sastera Tingkatan 5 di sekolah-sekolah.

MIC mula menyuarakan agar INTERLOK ditarik balik kerana berunsur perkauman. Amat lantang bunyinya. Bagai langit mahu runtuh. 

INTERLOK adalah sebuah karya yang memaparkan fakta sejarah kepayahan dan perjuangan dalam hidup. Menariknya, watak Maniam itu sendiri yang berbangsa India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini (Tanah Melayu/Malaysia). Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Gembira kerana tiada perbezaan kasta!

Novel INTERLOK wajar di baca dengan kejujuran intelektual kerana kisah yang dipaparkan menerusinya adalah fakta sejarah dan tidak menyentuh mana-mana isu perkauman. Menurut sang penulis, di India (terutamanya di India Selatan) masih kuat dengan fahaman ‘paria’. Umum mengetahui, di sana masyarakatnya mengamalkan sistem kasta, dan ‘paria’ membawa perlambangan sebagai bangsa berkasta rendah. Itu sejarah! Lihat sahaja bagaimana keadaan Negara India sekarang. Tidak seimbang antara utara dan selatan. Bangsa mereka hidup dengan membeza-bezakan antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah ada segelintir para intelektual dan akademik bangsa India mempertahankan apa yang ditulis dalam INTERLOK. Ia kerana satu sejarah untuk bangsa India itu sendiri.

Semua bangsa perlu belajar sejarah. Kadang-kadang sejarah itu pahit, tetapi ia perlu ditelan kerana satu masa ketikanya dahulu, ia berlaku dan termaktub sebagai sejarah. Jepun contohnya, masih sukar membukukan sejarah mereka sendiri menyerang dan menakluk rantau Asia ketika Perang Dunia ke-2. Kerana apa? Kerana malu dengan sejarah sendiri.

p/s: belajar sejarah dan hormati sejarah…jangan obses dengan sains dan matematik sajo!
   

Saturday, January 15, 2011

9th Malaysia Genetics Congress

To whom it may concern:


[CLICK HERE] for further information

Friday, January 14, 2011

Awak pikir saya ni kedai roti ke...??





.........................................................................................................................


Akob begitu asyik menonton perlawanan bola sepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya masuk.

"Bang, lampu di halaman depan tue dah terbakorrr.. tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, awak ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob selamba.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab tersumbat la", minta isteri Akob lagi.

"Betulkan paip?, awak ingat saya nie Jabatan Bekalan Air? SYABAS?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita gas dah habis. Nanti saya tak masak, awak jugak yang kebulorr!", kata isteri Akob.


"Mintak maap bebanyak, saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu, Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bola sepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila dia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".


"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

"Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!    

##### 

Thursday, January 6, 2011

Seminggu berlalu...

Already a week in the new year (2011) and I think the time passed so quickly. Maybe too busy. Yes, I'm very busy, accomplish many things. I'm not really in stress, but seems 24 hours is not enough for me now. It's a commitment in life, whether u like it or not... you have to hold on it and go on. Even sometimes it's painful. 


Today, i managed to submit all requirements of MOHE. Yeay!! Dealing with the government's system is enough to give  me a headache. Duh~! Many things to fulfill, cop here and there, scan here and there, and I have to re-write a report using a form provided even everything already written in my proposal [which also need me to upload it]. Since I have no money for research purposes, I just did it with full of my heart. 

Throughout this week, the weather was not so friendly. Heavy rains almost every day especially in the evening, a time where most people are rushing to go home. For me, riding a motorcycle during a rainy day a bit difficult and dangerous. Like it or not, life must go on and just hoping for a better future =) 

p/s: always have faith...and Allah knows the best!

Wednesday, January 5, 2011

Kasihan Rakyat Malaysia 2 :(

Belum pun reda sesak nafas mak bapak menguruskan belanja anak2 naik sekolah baru-baru ni, lagi satu hadiah tahun baru 2011 buat rakyat marhaen. Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik RM 0.10 kepada RM 2.40 dan RM 2.50 [minyak tanah pun nk interprem gak!].

Mungkin ada mangkuk2 tingkat yang dok kata "seposen je kot, tu pun nak bising". Kalau cakap depan2 aku, confirm dapat penampar Bugis. Seposen pun duit jugak ok!


Aaaa ...betul la tu, harga RON97 telah diapungkan mengikut pasaran dunia. Tapi jangan dok gembira sangat ye anak2, sbb tiada jaminan langsung yang mengatakan bahawa petrol RON95 akan kekal. Fuck off!

Sila rujuk ruangan Kasihan Rakyat Malaysia :(  yang lalu...kalau sebelum ini depa tidak jujur dgn rakyat kononnya RON95 akan kekal, tidak mustahil depa bole buat lagi.

Belum pun seminggu di 2011, dah macam2 benda berlaku. Harga susu sejat naik 30 sen, mamak pula sibuk nak selaraskan harga kononnya, penjual sayur pun nak naik, minyak masak mula main sorok2, harga makanan pun dah naik dah... ermmm, gaji jugak yang tak naik2. Kasihan rakyat Malaysia :(

p/s: pasni makan amik satu lauk je lah... xpun kunyah nasi putih dan teguk air suam. Oh nikmatnya hidup!

Saturday, January 1, 2011

::Belasungkawa Faizal Yusof::

Dari Allah SWT kita datang, kepadaNya kita kembali...
Al-Fatihah buat Faizal Yusof (Adamaya)


Maklumat lanjut [DI SINI]


p/s: ajal tidak menunggu kita...
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)