churpchurp!!!!!!

Saturday, December 4, 2010

Kasihan Rakyat Malaysia :(

Kasihan rakyat Malaysia...
Idris Jala balas "ada aku kisah?..." 


Harga minyak (RON97, 95, Diesel, LPG) dan gula naik lagi [The Star]. Jurang pendapatan kian melebar dan Idris Jala still proudly saying that the rakyat can cope with this 'new' prices? I simply wanted to spit on his face (why not Najib himself announces the price hike?)

Julai lalu, Najib mengumumkan kenaikan harga minyak dalam konotasi yang halus iaitu "Penjimatan Kerajaan, Pelarasan Harga & Rasionalisasi Subsidi". Menarik bukan? Walaupun ada nada protes, rata-rata rakyat menerimanya juga. Dan belum pun tahun 2010 sampai ke penghujung, harga minyak & gula naik lagi. Dirgahayu Malaysia Oh Tanah Airku!

RON97 jika dinaikkan, mungkin rakyat mampu menerimanya lagi. Ini kerana harganya telah diapungkan mengikut pasaran global. Apa yang menyakitkan hati adalah apabila RON95 berserta gula dinaikkan. Faham-fahamlah sendiri apabila gula naik, barang makanan segala bagai akan naik. Raja gula, Robert Kuok akan terus kaya dan kaya mendominasi carta orang terkaya di Malaysia. Hahaha... rakyat melarat pergi mampus la, apadehal...

Alasan yang diberikan oleh Idris Jala sangat 'klise', bertujuan mengurangkan kos subsidi  sebanyak 1.2bil untuk disalurkan kepada pembangunan infrastruktur, kemudahan asas dan pendidikan di luar bandar [lol]. Perghhh...nenek aku pun boleh buat PC bagi statement macam tu. Ini sah-sah nak menipu rakyat. 

Tambahan, setiap kali harga naik mesti nak mention "oh, harga minyak kita jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran! (cth: Indonesia - RM2.46, Singapore - RM4.63 dan Thailand - RM4.25). How could you comparing us with these countries? Malaysia negara pengeluar minyak la bodoh!.

Dengan berbaki 9 tahun menuju Wawasan 2020, bapak-bapak menteri kita masih lagi mencanagkan isu yang sama - pembangunan luar bandar. Depa yang dalam bandar pun dok miskin, lagi banyak bunyi. Pedalaman Sabah Sarawak tu nk dapat air bersih pun susah. Pendidikan? Kasihan anak-anak di sana. Serba kekurangan. Inilah contoh pemimpin-pemimpin di Malaysia. Aset mereka bernilai jutaan ringgit, tapi nasib rakyat masih  belum terbela. Kaki mereka menjejak tanah bersama rakyat marhaen hanya apabila semboyan PRU ditiupkan.

####

Jika ia (pemimpin) memerintah sesebuah negara, membiarkan kekayaan hanya dibolot oleh segelintir suku sakat dan puaknya saja, dengan membiarkan yang lainnya hidup miskin, maka itu juga dikira zalim, tetapi jika ia membahagikan kekayaan negara kepada semua pihak, tanpa mengira puak dan suku sakatnya, maka itu dinamakan adil.

Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (An-Nahl:90)



Keratan Akhbar 3 Nov 2010, minyak naik sebulan kemudian [lol]

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)