Perang Korea (1950-1953) masih belum tamat sepenuhnya!
Hubungan Korea Utara-Selatan kembali tegang apabila Korea Utara sekali lagi melancarkan provokasi dengan menyerang wilayah perairan dekat Pulau Yeonpyeong (1.00 petang waktu tempatan), milik Korea Selatan. Sebelum ini, Korea Utara didakwa sengaja melancarkan serangan hingga menenggelamkan kapal selam milik tentera Korea Selatan, menyebabkan ramai anak kapalnya terkorban.
Serangan yang dilancarkan ke atas pulau yang menjadi pertikaian kedua-dua negara sejak sekian lama dianggap sebagai yang terburuk selepas tamatnya Perang Korea pada tahun 1953. Korea Selatan yang berang susulan provokasi jirannya itu telah bertindak-balas serta-merta dengan mengerahkan sejumlah pesawat tempur ke ruang udara pulau tersebut.
Apa kata negara besar??!
(i) AS dan Russia antara yang lantang mengecam tindakan Korea Utara tersebut.
(ii) China bagaimanapun menolak untuk menyalahkan sekutunya itu, sebaliknya meminta kedua-dua negara perlu membuka lebih banyak ruang perdamaian.
(iii) Jepun menganggap tindakan Korea Utara itu tidak boleh dimaafkan.
Meskipun umum sedia maklum bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ada pasang-surutnya, tetapi serangan baru-baru ini begitu mengejutkan dunia. Banyak pihak terutamanya pemerhati politik berpendapat keadaannya amat meruncing. Sekiranya ia berterusan, ini memungkinkan tercetusnya peperangan. Lebih ditakuti apabila kedua-dua negara tersebut bertindak mengikut emosi sehingga mengheret bukan sahaja rakyat Korea...tetapi wilayah sekitarnya (Asia) ke kancah perang nuklear!
####
Mohon dijauhkan...kerana perang nuklear tercetus dalam rantau ini, nyata ia membawa kesan yang maha dahsyat.
p/s: no more korean drama if nuclear war broke T.T
p/s: no more korean drama if nuclear war broke T.T













No comments:
Post a Comment