churpchurp!!!!!!

Sunday, December 19, 2010

Hantu Kak Limah...hantu kew??

Satu perkataan. Terbaik! At least lawak depa sume bukan dibuat-buat macam Senario. Filem garapan Mamat Khalid yang satu ini mampu membuatkan aku ketawa sampai terkentut-kentut [anda?], meskipun kos pembikinannya rendah. Style-lah!

Aku seorang yang agak skeptikal dengan filem-filem Melayu, tapi aku berani cakap lawak hantu kak limah ni memang macam gampang! hhahaha Ia sarat dengan komedi segar dan sindiran-sindiran pedas yang straight to the point. Takde cover2.


Antara babak2 yang berpotensi untuk memutuskan urat kentut anda:

# lari pecah seribu
Time Usin (Awie) nk tido, tiba2 hantu kak limah baring sebelah menyebelah...berpeluh ko lari!

Pak Uda yang pada awalnya punya la kekwat konon dia berani bebeno, last2 'ter'jumpa la pulak dengan hantu kak limah di tgh jalan. Baik punya style kak limah time muncul tu...gaya ratu ko!

Si Johan terserempak hantu kak limah di tanah kubur...bole pulak usha kak limah sambil berkata "sexy pulak kak limah malam2 ni.."  sexy la sangat. Bila dikejar, mencicit ko pulas minyak moto sampai willy 45 darjah ...serius lawak dow!



# bomoh Indonesia 
cerita dan lagaknya menggalahkan dewa. "Aku ini orang Indonesia, kalo enggak penuh ilmu di dada, enggak ku sampei terusan Suuuuezz!" ...sekali kena lempang dgn hantu kak limah, menggigil ko balik....[lol] ...adeh senak perut menahan gelak. ....dek kerana bomoh si Indon tu meroyan kena sampok, dipanggil pula bomoh Siam... 

# bomoh Siam
datang ke Kg. Pisang malam2 buta naik teksi, berasap segala ...xboleh blah, bila si bomoh siam ni salah jampi ...sekali hantu Nang Nak yang keluar [lol]. Menjampi lagi... dan dan pulak hantu kopek / hantu tetek keluar. "Panjangnyerrrrr kopek dia" ....mcm gampang!!!!

kali ke-3 panggil, baru hantu kak limah muncul. Dalam usaha depa sume menghalau kak limah, kak limah dengan gagahnya membaling si bomoh Siam tu ke dinding dan kasi lipat dua... [bole pulak ko lipat dua yerrk]. 


# Johan tutup anu dengan tudung saji
Yang ni serius mcm celaka. Dah le kena tenggek dgn hantu kak limah time 'melepas', lari berterabur sampai xsempat nk cebok dan pakai seluar...last2 cover ngn tudung saji je. hahahahaha....sengal dow!

# Gaya si Ucop yang lemah-gemalai 
Xpadan ngn patah-rebah, gaya nk over walaupun berkerusi roda. Minat dgn si Usin (Awie) dan pandai ber'speaking' pula. Bila di kejar hantu kak limah, boleh pulak dia berlari sambil junjung kerusi roda sendiri...lol. ".....nak aje aku lemporrr kerusi roda ni ke sungai" ...kata si Ucop.



# Time meeting tergempar 
Si Ucop xabis2 dgn usul nk membakor umah kak limah "Sesiapa yang bersetuju nak tengok rumah kak limah terbakorrrr , sila angkat tangan mcm saya.." hahahahaha...sengal! 




Time sibuk meeting, bole pulak hantu kak limah muncul sebelah si gemok ...."saborrrr  je la" ...terus berterabor org kampung larikkk.... kecuali budak gemok itu. Sebab hantu kak limah dah peluk kaki dia...pe lagi meraung xingat dunia la budak tu. Dalam pada tu, sempat lagi nak buat gaya asyikame [idola sin chan] dan ultraman, kononnya nk melawan ngn hantu kak limah...motif?! mmg lawak tahap gaban...

#####

Antara sindiran maut Mamat Khalid:

# Awal2 lagi, industri filem Malaysia telah ditempelak. 
# Dikutuk sama Razak Moheidin dan Shuhaimi Baba. Boleh pulak rambut hantu kak limah yang kembang di samakan dengan pontianak Shuhaimi Baba...sentap Shuhaimi Baba tau!
# Orang Singapura yang gemar berbahasa Inggeris di'bahasa'kan oleh Husin (Awie) sebagai kerek. 
# Orang kita juga di'bahasa'kan Mamat Khalid kerana suka bergantung dengan subsidi kerajaan. 
# Orang gomen juga dikutuknya...
# Orang Melayu kita disindirnya juga melalui watak pemandu van St. John yg xabis2 merungut dan mengatakan setiap kejadian yang berlaku di Kg. Pisang adalah kerana bala. Bala...bala...bala...dan bala. Orang Melayu kita kan suka kata bala! 

p/s: mesti Mamat Khalid meroyan sebab Hantu Kak Limah Balik Rumah pecah panggung, selepas keciwa dgn Estet.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)