Di sebalik kehangatan Final AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia, rupanya sang pencacai kelas rendah dari 'seberang' masih busuk hati dan dengki dengan kita (Malaysia).
Rasanya masih terkesan dan tersinggungnya kita apabila sebahagian bangsa Indonesia melumur kedutaan kita dengan najis dan memijak serta membakar Jalur Gemilang kita - hanya kerana beranggapan bahawa Malaysia tidak berlaku adil kepada bangsa Indonesia. Pasti?
Sebelum itu pun, mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh kita sebagai 'maling' (pencuri) dek kerana isu tarian pendet yang tersiar dalam iklan Magnetic Malaysia di Discovery Channel. Walhal, ia merupakan kesilapan Discovery Channel sendiri yang gagal memahami budaya Malaysia yang tidak banyak bezanya dengan Indonesia. Dek menjaga hubungan baik antara abang-adik, Malaysia masih merendah diri dengan memohon maaf.
Begitu juga isunya dengan kain batik. Mereka mendakwa kita mencuri pakaian tradisional mereka. Apakah mereka lupa bahawa Malaysia-Indonesia itu satu rumpun Melayu? Walhal, sudah beratus ribu keturunan Melayu Malaysia-Indonesia bertebaran di sini. Justeru, kebudayaan, pakaian, makanan dan sebagainya saling-berkait dan bertindan antara satu sama lain. Malangnya, mereka juga yang sampai ke hari ini masih berkira!
Terbaru, mereka mempertikaikan semboyan keramat yang tersemat kemas di jersi pemain bola sepak kita (ditaja sepenuhnya oleh Nike).
Ya, bunyinya agak menggerunkan bukan? dan amat terkesan sekali di hati kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar berbangga dengan negara kita sendiri kerana di tanah bertuah inilah kita LAHIR, BERTUMPAH DARAH, dan BERSEMADI. Jika bukan kita, siapa lagi.
Namun, mereka masih mempertikainya dan menuduh kita 'maling' sekali lagi kononnya semboyan itu mereka yang punya.
Mereka tiada hak dan tidak wajar menjadikannya isu kerana ia telah wujud sekian lama dalam lirik lagu kebangsaan kedua-dua buah negara [pada baris kedua]. Jadi, kepada bangsa Indonesia...tak perlulah bising menyalak tidak tentu fasal. Macam budak kecil menangis nak kan ais-krim!
Fuck off !!!
Lagu kebangsaan Malaysia - Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku <<<<< Jelas?!
Rakyat hidup
bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta
Tanah tumpahnya darahku <<<<< Jelas?!
Rakyat hidup
bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta
Lagu kebangsaan Republik Indonesia - Indonesia Raya
Indonesia tanah airku
Tanah tumpah darahku << tiada '-nya' ok!! [nak berkira jugak!]
Disanalah aku berdiri
Jadi pandu ibuku
Indonesia kebangsaanku
Bangsa dan Tanah Airku
Marilah kita berseru
Indonesia bersatu
Hiduplah tanahku
Hiduplah negriku
Bangsaku Rakyatku semuanya
Bangunlah jiwanya
Bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya
........
........
........
#####
p/s: isunya kecil je kot, tapi perlihatkan sahaja reaksi sang pencacai ini. Sungguh dengki!













No comments:
Post a Comment