Yeayy...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU menang dengan bergaya!! Lebih seronok kami meraikan kejayaan Malaysia memalukan Indonesia (3-0) bersama ribuan rakyat Malaysia yang lain di stadium Bukit Jalil. Berbaloi biarpun terpaksa bersesak-sesak dan bersimbah peluh dek kerana ingin memboloskan diri mencari tempat duduk. Damn.
Kegembiraan rakyat Malaysia tidak terhenti di situ. Ia berterusan gamatnya suasana apabila gol ke-2 dan ke-3 menyusul tidak berapa lama kemudian. Ya, terlalu sukar untuk menggambarkan perasaan kami ketika itu. Terlalu gembira kot!
Di sebalik detik gembira itu, aku menyaksikan ribuan rakyat Malaysia bersatu hati dan berpadu suara memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada para pemain. Siapa kata rakyat Malaysia tidak cintakan negara. Buktinya anda boleh lihat sendiri apabila gelombang kuning dan jalur gemilang melata.
Benar, adakalanya pasukan bola sepak kita ada pasang surutnya. Bila menang dipuji dan dirai, bila kalah dikeji. Dikeji kerana terlalu kecewa. Itu biasa kerana manusia punya ego dan emosi. Namun, percayalah jauh di sudut hati masing-masing masih kekal menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan bola sepak kita untuk pergi jauh.
Kalah dan menang adat pertandingan. Apabila negara kita menang, raikanlah kemenangan tersebut bersama. Bohong jika ada di antara kita tidak berasa apa-apa apabila Malaysia menang. Kerana di situlah letaknya semangat cintakan negara. Apabila kalah, benar kita akan kecewa...namun kita tidak boleh lari daripada menyatakan dengan bangga bahawa kita juga sebahagian daripada Malaysia!
Hari ini mereka bermain begitu cantik sekali. Justeru, mereka wajar dipuji. Namun jangan leka kerana ia belum berakhir! Semoga kecemerlangan hari ini, berterusan untuk perlawanan ke-2 di Indonesia (29hb). Pasti mereka mendendami kita. Padan muka sebab angkuh sangat...rasakan!
p/s: semboyan 'tanah tumpahnya darahku' akan kekal di hati setiap rakyat Malaysia...xkira ko melayu ke, cina ke, india ke, kadazan, bajau, dusun ke dll...peace!














No comments:
Post a Comment