churpchurp!!!!!!

Wednesday, January 5, 2011

Kasihan Rakyat Malaysia 2 :(

Belum pun reda sesak nafas mak bapak menguruskan belanja anak2 naik sekolah baru-baru ni, lagi satu hadiah tahun baru 2011 buat rakyat marhaen. Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik RM 0.10 kepada RM 2.40 dan RM 2.50 [minyak tanah pun nk interprem gak!].

Mungkin ada mangkuk2 tingkat yang dok kata "seposen je kot, tu pun nak bising". Kalau cakap depan2 aku, confirm dapat penampar Bugis. Seposen pun duit jugak ok!


Aaaa ...betul la tu, harga RON97 telah diapungkan mengikut pasaran dunia. Tapi jangan dok gembira sangat ye anak2, sbb tiada jaminan langsung yang mengatakan bahawa petrol RON95 akan kekal. Fuck off!

Sila rujuk ruangan Kasihan Rakyat Malaysia :(  yang lalu...kalau sebelum ini depa tidak jujur dgn rakyat kononnya RON95 akan kekal, tidak mustahil depa bole buat lagi.

Belum pun seminggu di 2011, dah macam2 benda berlaku. Harga susu sejat naik 30 sen, mamak pula sibuk nak selaraskan harga kononnya, penjual sayur pun nak naik, minyak masak mula main sorok2, harga makanan pun dah naik dah... ermmm, gaji jugak yang tak naik2. Kasihan rakyat Malaysia :(

p/s: pasni makan amik satu lauk je lah... xpun kunyah nasi putih dan teguk air suam. Oh nikmatnya hidup!

1 comment:

  1. Harga makanan/minuman naik antara 10 sen hingga RM1.00 kat area I. Giler ah!

    ---> http://logokoko.blogspot.com/2010/12/harga-minyak-naik-5-sen-jer.html

    ---> http://logokoko.blogspot.com/2011/01/new-year-new-price.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)