churpchurp!!!!!!

Tuesday, December 21, 2010

Tak perlu jadi isu kot!


Di sebalik kehangatan Final AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia, rupanya sang pencacai kelas rendah dari 'seberang' masih busuk hati dan dengki dengan kita (Malaysia).

Rasanya masih terkesan dan tersinggungnya kita apabila sebahagian bangsa Indonesia melumur kedutaan kita dengan najis dan memijak serta membakar Jalur Gemilang kita - hanya kerana beranggapan bahawa Malaysia tidak berlaku adil kepada bangsa Indonesia. Pasti?

Sebelum itu pun, mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh kita sebagai 'maling' (pencuri) dek kerana isu tarian pendet yang tersiar dalam iklan Magnetic Malaysia di Discovery Channel. Walhal, ia merupakan kesilapan Discovery Channel sendiri yang gagal memahami budaya Malaysia yang tidak banyak bezanya dengan Indonesia. Dek menjaga hubungan baik antara abang-adik, Malaysia masih merendah diri dengan memohon maaf. 

Begitu juga isunya dengan kain batik. Mereka mendakwa kita mencuri pakaian tradisional mereka. Apakah mereka lupa bahawa Malaysia-Indonesia itu satu rumpun Melayu? Walhal, sudah beratus ribu keturunan Melayu Malaysia-Indonesia bertebaran di sini. Justeru, kebudayaan, pakaian, makanan dan sebagainya saling-berkait dan bertindan antara satu sama lain. Malangnya, mereka juga yang sampai ke hari ini masih berkira!

Terbaru, mereka mempertikaikan semboyan keramat yang tersemat kemas di jersi pemain bola sepak kita (ditaja sepenuhnya oleh Nike). 



Ya, bunyinya agak menggerunkan bukan? dan amat terkesan sekali di hati kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar berbangga dengan negara kita sendiri kerana di tanah bertuah inilah kita LAHIR, BERTUMPAH DARAH, dan BERSEMADI. Jika bukan kita, siapa lagi.

Namun, mereka masih mempertikainya dan menuduh kita 'maling' sekali lagi kononnya semboyan itu mereka yang punya.


Fuck off !!!

Mereka tiada hak dan tidak wajar menjadikannya isu kerana ia telah wujud sekian lama dalam lirik lagu kebangsaan kedua-dua buah negara [pada baris kedua]. Jadi, kepada bangsa Indonesia...tak perlulah bising menyalak tidak tentu fasal. Macam budak kecil menangis nak kan ais-krim! 

Lagu kebangsaan Malaysia - Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku   <<<<< Jelas?!
Rakyat hidup
bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta

Lagu kebangsaan Republik Indonesia - Indonesia Raya

Indonesia tanah airku
Tanah tumpah darahku    << tiada '-nya' ok!! [nak berkira jugak!]
Disanalah aku berdiri
Jadi pandu ibuku
Indonesia kebangsaanku
Bangsa dan Tanah Airku
Marilah kita berseru
Indonesia bersatu 
Hiduplah tanahku
Hiduplah negriku
Bangsaku Rakyatku semuanya
Bangunlah jiwanya
Bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya
........
........

#####

p/s: isunya kecil je kot, tapi perlihatkan sahaja reaksi sang pencacai ini. Sungguh dengki! 

Sunday, December 19, 2010

Hantu Kak Limah...hantu kew??

Satu perkataan. Terbaik! At least lawak depa sume bukan dibuat-buat macam Senario. Filem garapan Mamat Khalid yang satu ini mampu membuatkan aku ketawa sampai terkentut-kentut [anda?], meskipun kos pembikinannya rendah. Style-lah!

Aku seorang yang agak skeptikal dengan filem-filem Melayu, tapi aku berani cakap lawak hantu kak limah ni memang macam gampang! hhahaha Ia sarat dengan komedi segar dan sindiran-sindiran pedas yang straight to the point. Takde cover2.


Antara babak2 yang berpotensi untuk memutuskan urat kentut anda:

# lari pecah seribu
Time Usin (Awie) nk tido, tiba2 hantu kak limah baring sebelah menyebelah...berpeluh ko lari!

Pak Uda yang pada awalnya punya la kekwat konon dia berani bebeno, last2 'ter'jumpa la pulak dengan hantu kak limah di tgh jalan. Baik punya style kak limah time muncul tu...gaya ratu ko!

Si Johan terserempak hantu kak limah di tanah kubur...bole pulak usha kak limah sambil berkata "sexy pulak kak limah malam2 ni.."  sexy la sangat. Bila dikejar, mencicit ko pulas minyak moto sampai willy 45 darjah ...serius lawak dow!



# bomoh Indonesia 
cerita dan lagaknya menggalahkan dewa. "Aku ini orang Indonesia, kalo enggak penuh ilmu di dada, enggak ku sampei terusan Suuuuezz!" ...sekali kena lempang dgn hantu kak limah, menggigil ko balik....[lol] ...adeh senak perut menahan gelak. ....dek kerana bomoh si Indon tu meroyan kena sampok, dipanggil pula bomoh Siam... 

# bomoh Siam
datang ke Kg. Pisang malam2 buta naik teksi, berasap segala ...xboleh blah, bila si bomoh siam ni salah jampi ...sekali hantu Nang Nak yang keluar [lol]. Menjampi lagi... dan dan pulak hantu kopek / hantu tetek keluar. "Panjangnyerrrrr kopek dia" ....mcm gampang!!!!

kali ke-3 panggil, baru hantu kak limah muncul. Dalam usaha depa sume menghalau kak limah, kak limah dengan gagahnya membaling si bomoh Siam tu ke dinding dan kasi lipat dua... [bole pulak ko lipat dua yerrk]. 


# Johan tutup anu dengan tudung saji
Yang ni serius mcm celaka. Dah le kena tenggek dgn hantu kak limah time 'melepas', lari berterabur sampai xsempat nk cebok dan pakai seluar...last2 cover ngn tudung saji je. hahahahaha....sengal dow!

# Gaya si Ucop yang lemah-gemalai 
Xpadan ngn patah-rebah, gaya nk over walaupun berkerusi roda. Minat dgn si Usin (Awie) dan pandai ber'speaking' pula. Bila di kejar hantu kak limah, boleh pulak dia berlari sambil junjung kerusi roda sendiri...lol. ".....nak aje aku lemporrr kerusi roda ni ke sungai" ...kata si Ucop.



# Time meeting tergempar 
Si Ucop xabis2 dgn usul nk membakor umah kak limah "Sesiapa yang bersetuju nak tengok rumah kak limah terbakorrrr , sila angkat tangan mcm saya.." hahahahaha...sengal! 




Time sibuk meeting, bole pulak hantu kak limah muncul sebelah si gemok ...."saborrrr  je la" ...terus berterabor org kampung larikkk.... kecuali budak gemok itu. Sebab hantu kak limah dah peluk kaki dia...pe lagi meraung xingat dunia la budak tu. Dalam pada tu, sempat lagi nak buat gaya asyikame [idola sin chan] dan ultraman, kononnya nk melawan ngn hantu kak limah...motif?! mmg lawak tahap gaban...

#####

Antara sindiran maut Mamat Khalid:

# Awal2 lagi, industri filem Malaysia telah ditempelak. 
# Dikutuk sama Razak Moheidin dan Shuhaimi Baba. Boleh pulak rambut hantu kak limah yang kembang di samakan dengan pontianak Shuhaimi Baba...sentap Shuhaimi Baba tau!
# Orang Singapura yang gemar berbahasa Inggeris di'bahasa'kan oleh Husin (Awie) sebagai kerek. 
# Orang kita juga di'bahasa'kan Mamat Khalid kerana suka bergantung dengan subsidi kerajaan. 
# Orang gomen juga dikutuknya...
# Orang Melayu kita disindirnya juga melalui watak pemandu van St. John yg xabis2 merungut dan mengatakan setiap kejadian yang berlaku di Kg. Pisang adalah kerana bala. Bala...bala...bala...dan bala. Orang Melayu kita kan suka kata bala! 

p/s: mesti Mamat Khalid meroyan sebab Hantu Kak Limah Balik Rumah pecah panggung, selepas keciwa dgn Estet.
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)