Mungkin ada yang pelik, mungkin juga ada yang sudah tahu mengenainya. Bayangkan seorang setiausaha berpengalaman mampu menaip dengan pantas tanpa melihat ke papan kekunci, sedangkan hurufnya berterabur. Rupanya setiap kombinasi dan urutan sesuatu huruf itu mampu mempengaruhi tahap kepantasan seorang manusia untuk menaip. Ia bukan sekadar hafalan semata. Speaking of which, aku pun baru tahu [lol].
Sejarahnya, ia berkait rapat dengan type-writer [Azlan and the typewriter, confirm gubah lirik guna type-writer lagi!]. Ada di antara kita mungkin pernah jumpa dan menggunakannya. Tapi budak sekarang aku berani cakap, confirm jakun tahap gaban bila jumpa mesin taip zaman tok kaduk ni.
QWERTY merupakan sususan yang diterima pakai secara universal. Ia diambil daripada 6 huruf terawal pada baris pertama susunan alphabet di atas keyboard. Ia merupakan ciptaan Christoper Latham Sholes pada tahun 1860. Namun, setiap inventor pasti menerima kritikan di awal ciptaan mereka [It's prejudice!].
Patent terawal yang dilakar pada tahun 1878
C.L. Sholes menghabiskan beberapa tahun untuk menyusun kombinasi huruf pada prototaipnya. Pada masa yang sama beliau mula dikritik oleh beberapa penulis hebat ketika itu dengan mengatakan susunan huruf pada keyboard ciptaannya hanya melambatkan pergerakkan jari si penaip. Tapi, ia adalah sebaliknya. Tujuan utama beliau adalah untuk mencari kombinasi yang paling pantas dalam membantu pergerakan jari-jemari apabila menaip. Sehinggalah, beliau pada satu ketika [mungkin sudah buntu] mengacak-acak urutan huruf tersebut sampai ditemukan dengan kombinasi yang dianggap paling sukar untuk digunakan dalam menaip.
Akhirnya, susunan QWERTY inilah yang diturunkan ke atas keyboard bagi input setiap komputer pada 1973, ia dirasmikan oleh keyboard standar ISO (International Standar Organization).
QWERTY vs DVORAK
Selain QWERTY, ada beberapa standar urutan keyboard yang diguna iaitu ASK (American Standar Keyboard). Umumnya, ia disebut DVORAK yang ditemukan oleh Dr. August Dvorak sekitar tahun 1940. Jika diteliti pada urutan DVORAK, ia memungkin kita untuk menaip dengan lebih pantas dan efisien. Ini kerana peratusan kebergantunggan ke atas tangan kanan adalah lebih tinggi [56%].Tapi penemuan beliau agak lambat, apabila urutan QWERTY telah mendominasi dan diterima pakai oleh kebanyakkan syarikat besar ketika itu. Untuk mengubahnya mungkin dianggap tidak wajar, kerana rata-rata telah selesa dengan QWERTY.
Ia turut diakui sendiri oleh American National Standard Institute (ANSI) bahawa urutan DVORAK merupakan alternatif kepada QWERTY sekitar tahun 1970 [pasti mengubati sedikit kekecewaan Dr. August Dvorak!]. Perkembangan demi perkembangan berlaku selepas urutan QWERTY. Antaranya, QWERTZ [dipakai di negara Hungaria, Jerman, Swiss dll], AZERTY [Perancis dan Belgian], QZERTY dll.
p/s: merupakan salah satu soalan dlm PTD exam aku. Babi sangat kan!













pengsan dowh soalan ptd mcm ni..kah2
ReplyDeletetak silap pattern DVORAK digunakan oleh blackberry kot..
ReplyDeletedan kajian mendapat DVORAK adalah lebih practical berbanding QWERTY.. namun apakan daya.. pattern QWERTY adalah awal berbanding DVORAK...
p/s: baca fakta sambil lalu.. maaf jika tersalah fakta..