churpchurp!!!!!!

Thursday, December 30, 2010

We are champion der!

In 1996, Malaysia made it into the final but unfortunately, Thailand beat us (1-0). Since then, we never made it into the final...until today. During 1st leg match between Malaysia-Indonesia in Bukit Jalil, we proudly saying that we were there watching live. The environment is really electrifying and we were so excited when Malaysia scored 3-0 against Indonesia.    

The 2nd leg was held in Gelora Bung Karno Jakarta. After 14 years of waiting, at last Malaysia was crowned as a new champion of AFF Suzuki 2010 (before known as Tiger Cup). It seems unbelievable when Malaysia really made it in front of thousand of Indonesians. Yeay! 


Rio Ferdinand (MU player) also twitted to congratulate Malaysia for winning the cup. OMG...this is so unbelievable.


And there's a good news for all Malaysians - our PM has declared that Friday is a holiday. Yeay. Thank you so much~!

p/s: please be proud as Malaysians...peace!!

Monday, December 27, 2010

3-0 der.... lek2 lu!

Yeayy...TANAH TUMPAHNYA DARAHKU menang dengan bergaya!! Lebih seronok kami meraikan kejayaan Malaysia memalukan Indonesia (3-0) bersama ribuan rakyat Malaysia yang lain di stadium Bukit Jalil. Berbaloi biarpun terpaksa bersesak-sesak dan bersimbah peluh dek kerana ingin memboloskan diri mencari tempat duduk. Damn.


Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan gagal membuat jaringan. Corak permainan juga agak hambar. Mungkin belum panas. Tetapi pada masa kedua, mengira detik 45min bagai satu perkara yang mencemaskan. Namun, segalanya berakhir apabila jaringan pertama berpihak kepada Malaysia. Bergegar satu stadium dengan laungan kegembiraan. Sungguh, kemenangan yang kita cari.  

Kegembiraan rakyat Malaysia tidak terhenti di situ. Ia berterusan gamatnya suasana apabila gol ke-2 dan ke-3 menyusul tidak berapa lama kemudian. Ya, terlalu sukar untuk menggambarkan perasaan kami ketika itu. Terlalu gembira kot! 


Di sebalik detik gembira itu, aku menyaksikan ribuan rakyat Malaysia bersatu hati dan berpadu suara memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada para pemain. Siapa kata rakyat Malaysia tidak cintakan negara. Buktinya anda boleh lihat sendiri apabila gelombang kuning dan jalur gemilang melata. 

Benar, adakalanya pasukan bola sepak kita ada pasang surutnya. Bila menang dipuji dan dirai, bila kalah dikeji. Dikeji kerana terlalu kecewa. Itu biasa kerana manusia punya ego dan emosi. Namun, percayalah jauh di sudut hati masing-masing masih kekal menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan bola sepak kita untuk pergi jauh. 

Kalah dan menang adat pertandingan. Apabila negara kita menang, raikanlah kemenangan tersebut bersama. Bohong jika ada di antara kita tidak berasa apa-apa apabila Malaysia menang. Kerana di situlah letaknya semangat cintakan negara. Apabila kalah, benar kita akan kecewa...namun kita tidak boleh lari daripada menyatakan dengan bangga bahawa kita juga sebahagian daripada Malaysia! 

Hari ini mereka bermain begitu cantik sekali. Justeru, mereka wajar dipuji. Namun jangan leka kerana ia belum berakhir! Semoga kecemerlangan hari ini, berterusan untuk perlawanan ke-2 di Indonesia (29hb). Pasti mereka mendendami kita. Padan muka sebab angkuh sangat...rasakan!

p/s: semboyan 'tanah tumpahnya darahku' akan kekal di hati setiap rakyat Malaysia...xkira ko melayu ke, cina ke, india ke, kadazan, bajau, dusun ke dll...peace!
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)