churpchurp!!!!!!

Friday, July 23, 2010

Jumaat yang berkat dengan 3 kisah 'si buta'

Hari ini bermula dengan amat baik. Hatiku begitu senang dan tenang. Mungkin kerana hari Jumaat yang berkat. Rupanya ada cerita di sebaliknya.

Pakcik yang setia menunggu
Seawal 7.30 pagi, rutin harian bermula ke tempat kerja. Setiap awal pagi, seorang pakcik berpakaian kemas dan berkopiah setia berdiri sambil memegang tongkat, menunggu bas datang menjemput. Ya, dia seorang buta. Beberapa kali aku perasan dia akan berdiri pada waktu yang sama di tempat yang sama sepanjang hari bekerja. Mungkin pakcik itu bekerja di kementerian kerajaan sebagai pekerja OKU. Begitu juga pagi tadi semasa aku hendak ke tempat kerja, pakcik itu masih setia berdiri menunggu bas. Kadang-kadang aku terfikir, andai bas lewat datang atau pun ketika hari hujan, bagaimanakah keadaannya? ....

Semulia hatinya 
Jam 1.00 ptg, aku mula bergerak ke masjid berdekatan untuk Solat Jumaat. Selesai berwudu', aku masuk dan duduk bersila. Beberapa minit kemudian, dua orang sahabat kemas berbaju melayu berjalan seiringan. Seorang memegang erat bahu yang seorang lagi, dengan perlahan mereka melangkah. Ya, kedua-dua mereka buta. Di samping mereka berdua, setia seorang sahabat yang memimpin dan menjadi 'mata' kepada mereka. Mereka duduk bersama. Namun, arah duduk mereka itu sedikit terpesong. Namun, si celik cepat2 membetulkan duduk mereka. Sekali-sekali, si celik menepuk-nepuk belakang si buta. Aku yang duduk di belakang dua baris daripada mereka menyaksikan segala-galanya. Betapa aku berasa sayu melihat mulianya hati sahabat itu...

Membantu tanpa mengira bangsa
Dalam pukul 3.30 ptg, aku ke Bank Islam untuk menguruskan pendaftaran semester baru. Oleh kerana hari ini hari terakhir, ramailah yang menunggu giliran. Aku duduk diam sabar menanti giliran. Kemudian, aku perasan dua sahabat duduk di kerusi bersebelahan. Ya, seorang daripada mereka buta. Badan sedikit gempal bercermin mata hitam. Memerhatikan gerak-geri mereka berdua sudah cukup buat aku mengerti. Si celik sedang membantu sahabatnya yang buta untuk menguruskan proses pendaftaran. Sama ada 1st degree atau post-graduate, aku tidak pasti. Yang jelas, si celik tetap sabar dan tersenyum memimpin lengan membawa sahabatnya yang buta ke kaunter. Satu-persatu diperjelas dan diselesaikannya. Aku perasan, si buta hanya tersenyum dan beberapa kali mengangguk-angguk tanda faham. Ironinya, mereka berlainan bangsa, mungkin juga berlainan agama. Si celik berbangsa Melayu/Islam dan si buta berbangsa Cina. Itu yang indahnya...

Ketiga-tiga kisah ini berlaku di hadapan mataku pada hari yang sama itu hari Jumaat. Dari segi luarannya, ya   mereka buta tetapi semangat mereka  yang aku kagumi. Juga insan-insan di samping mereka yang tidak jemu membantu dan menjadi 'mata' kepada mereka yang buta. Sungguh, hatiku sayu...

Melihat keadaan mereka membuatkan aku menginsafi diri sendiri. Memang benar aku banyak merungut dalam mengejar kesempurnaan dalam hidup. Mungkin Tuhan ingin memperlihatkan kepada aku hari ini, betapa hidup perlu tahu bersyukur. Alhamdulillah...

Friday, July 16, 2010

Masterpiece of life

Thinking, uhhh..i never stop thinking!
My head’s spinning...it’s a brain storming
An idea...where’s the ideas?
Oh Allah, gimme some ideas please...!

Tiring, frustrating, depressing...even confusing
What people called this is a life, darling!
Alone I stood here
With patient, obstacles always be there...

I wouldn’t stop...
Nevertheless, i couldn’t stop
Tik tok tik tok...clock’s ticking
Shut up! and keep on moving

Life’s short to cry
So no woman no cry...
Craving for joy in everyday life
This is a masterpiece of my life...^^
 
p/s: to all human being, stop complaining and enjoy this fucking life...hoyeeehh!!

Thursday, July 15, 2010

Pasir Oh Pasir! Siapa kaya siapa miskin??


Sejak tersiar kegiatan mencuri pasir di Selangor (sampai berlubang..!), semua orang mula bercakap mengenai pasir. Hakikatnya, ia bukanlah isu baru. Apa yang menariknya di Selangor adalah, kegiatan haram tersebut begitu rakus hingga 'padang jarak padang terkukur' tercipta. Betapa rakusnya mereka mencuri pasir...

Siapa yang mencuri??? Untuk apa pasir itu dicuri??? Soalan yang tidak perlu dijawab...sendiri faham sudah. Bila isu ini timbul, ramai yang terkejut. Ada juga yang buat2 terkejut. Pelik. Bagaimana sebuah negeri yang termaju boleh terlepas pandang dalam usaha menjaga khazanah alam sendiri. Di mana fungsi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang diwujudkan yang kononnya selama ini begitu optimis dalam menjaga alam sekitar dan hasil mahsulnya? Sampai dah berlubang pun masih tidak sedar....

Walaupun Selangor bukanlah negeri kelahiran, tapi aku rasa sedih betapa ada manusia yang tidak menghargai alam. Namun, apalah yang boleh dikatakan lagi. Segalanya telah berlaku dan mana mungkin ia dapat dipulihkan sepertimana asalnya. Hanya 'PADAN MUKA' aku lemparkan. Manusia memang suka melakukan kerosakan dengan tangan-tangan mereka sendiri. So, bila bencana alam berlaku kelak, rasakan atas apa yang kita semua kerjakan.

Ke mana ye pasir itu dijual??? ermm...jangan fikir untung sahaja sampaikan semua nak ditarah nak dikorek. Kadang-kadang perbuatan kita hari ini hanya merugikan kita sendiri. Esok lusa, siapa yang kaya?? Kita juga yang miskin...

Sampai botak Cameron Highland kau tarah, main korek2 pula di Selangor. Syabas!!!! Semoga Malaysia terus makmur hendaknya...

Tuesday, July 13, 2010

Piala Dunia

Piala Dunia 2010 (Edisi ke-19) baru sahaja melabuhkan tirai. Mengakhiri segala rutin 'berjaga malam' khususnya rakyat Malaysia. Kemuncak perlawanan menyaksikan Spain diangkat sebagai Juara Piala Dunia yang baru, sekaligus menafikan hasrat Belanda untuk muncul juara (juga untuk kali pertama), meskipun berada di final buat kali-3.

Kalah dan menang adat perlawanan. Menariknya apabila si sotong 'Paul' meramal tepat bagi keseluruhan perlawanan. Agak luar biasa. Namun sebagai orang Islam, segala untung nasib sesuatu umat manusia itu terletak di dalam genggaman Yang Maha Kuasa. Bukan di tangan makhluk lebih-lebih lagi si sotong itu. Tidak salah jika sekadar suka2, tetapi janganlah sampai merosakkan akidah. 

Wednesday, July 7, 2010

Germany atau Spain??


                                         Debaran makin terasa. Jam 2.30am awal pagi ini menjadi penentu segalanya. Spain dan Germany merupakan dua nama besar, tidak dinafikan punya kekuatan masing-masing. Apakah strategi yang dicanang akan menjadi atau sekadar nasib bakal menyebelahi. Belanda kini boleh menarik nafas lega apabila berjaya menewaskan Uruguay awal pagi tadi, dan hanya menanti siapakah bakal lawannya di Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010 pada 12 Julai ini. Germany atau Spain??? Rata-rata di seluruh dunia mula mencongak. Pasti ramai juga yang bertaruh pagi ini. Segalanya mungkin!

Walaupun kedua-dua pasukan ini bukanlah favorite aku sejak mula, namun hati ini begitu ingin melihat Germany ke final. Jujur cakap, corak permainan depa memang superb, lebih-lebih lagi dibarisi pemain-pemain muda. Germany wajar digeruni! Apatah lagi selepas memalukan England dan Argentina...

May the best team win!  (_ _!)  .. sigh ..

Sunday, July 4, 2010

July 3 2005-2010.

Yesterday (July 3, 2010), it has been 5 years already...me here in Kuala Lumpur (KL). Time passes so quickly isn't? Haha...

On 3rd July 2005, I came with my parent, early in the morning to register my first degree in University of Malaya (UM). Such a wonderful moment on that day. It seems my wishes have been granted. Alhamdulillah...

There are many good things and bad things were happened. I guess, it was norm for any students where we have to struggle to survive. Competitions always there.

However, God has given us the opportunities from many ways in this life. The option is on us, whether we wanna accept or reject it. Just don't ever give up. That's important...cheer!!

World Cup: percaturan aku yang cam lahanat! Jom main catur...^^

World Cup 2010 hampir ke semi-final. Ternyata, banyak kejutan telah berlaku sepanjang edisi kali ni. Begitu juga la dgn percaturan aku yg xberapa nk menjadi. Macam haram! 

Beberapa team 'besar' yg kononnya digeruni pada awalnya, terpaksa pulang hampa sambil menangis. Perancis merupakan nama besar terawal blahhh dari S. Africa dgn diselubungi pelbagai masalah dalaman. Bermula dengan penyingkiran Anelka, para pemain dikatakan sudah tidak se'bulu' dgn coach depa dah, lalu memboikot perlawanan...Perancis memang cap ayam~

Ditimpa nasib sama, si juara World Cup Edisi ke-18 (2006) which is Italy...kasihan apabila gagal ke peringkat kalah mati. Terus aku xpakai baju polo berlambang Italy selama seminggu. Kot2 la kan ada pulak yg dok ngumpat kata team aku kalah...walhal, aku mmg xsupport Italy pun. Haha~

Malang Italy tidak la se'malang' England. Sudahla bermula agar hambar (gara-gara si Green yg gagal menangkap bola dgn kemas!) pada perlawanan pertama, layak ke kumpulan 16 terbaik pun tidak begitu menarik. Yer la, kata banyak star~ Nasib England seperti sudah jatuh ditimpa bumbung apabila di'titik' German 4-1, sekaligus melenyapkan harapan dan impian rakyat England untuk menjulang piala dunia. Dream on baby~ 

Argentina turut menjadi mangsa German, apabila dilanyak 4-0. Agak sadis di situ. Keangkuhan Maradona akhirnya di balas Tuhan! Tu laaa....len kali jgn mulut longkang~ Kasihan Messi..agak messy aku tengok. Banyak juga hantaran bole ke gawang, namun benteng pertahanan German mmg superb. Tight ass tuu!

Pepun, match antara Jepun dan Paraguay juga yg memberi kesan emosi kepada aku especially. Mereka bermain cukup baik hingga terikat 0-0 hingga tamat extra time. Apabila penalti mengambil tempat, memang sgt xbest sbb semuanya bergantung pada nasib. Dan, kekecewaan berlaku juga apabila Paraguay lebih bernasib baik....Well, i'm still proud with Japan even diorg xberjaya...corak permainan yg dipamerkan oleh pasukan Samurai Blue sememangnya layak mendapat pujian setelah menjadi menjadi satu-satunya wakil benua Asia ke peringkat ke-2, selepas Korea Selatan tersingkir di tangan Uruguay.

Paling mengejutkan apabila Brazil dihantar pulang oleh ayam Belanda. Sudah leading 1-0 di separuh masa pertama, tapi hancur di masa ke-2. Huhu...terlalu sadis~ Harapan Ghana untuk menjadi wakil tunggal Africa ke pusingan seterusnya juga gagal apabila disepak keluar oleh Uruguay...juga dengan penalti.

Kini Belanda nampaknya begitu selesa, dan bertemu Uruguay di semi-final nnt. Andai Belanda menang, ke akhir la ia. German juga melangkah ke semi-final dengan bergaya. Hanya menanti siapa lawan yg bakal di'titik' ...sama ada Spain atau Paraguay. Segalanya pasti. 50-50.

May the best team win!!!! Hoyeeehhh~ 

Thursday, July 1, 2010

Judi tetap haram la gila!



Allah berfirman bermaksud: ““Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi halal lagi baik; dan jangan kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 168)
......................................................................................................................
Tindakan kerajaan Malaysia untuk membatalkan pemberian lesen judi kepada Ascot Sports milik Tycoon Berjaya Group – Tan Sri Vincent Tan dianggap wajar dan tepat. Biarpun terdapat desakan yang pelbagai, kerajaan perlu lebih tegas dengan tindakan yang diambil. Jangan hangat-hangat tahi ayam pula.
Malaysia ini mempunyai masyarakat yang majmuk. Tidak dinafikan, adalah sukar membuat keputusan untuk memuaskan hati semua pihak. Namun keputusan yang diambil adalah yang terbaik buat semua.
Apa alasan sekalipun, apa yang haram tidak perlu di’halal’kan. Ini kerana, ia seperti memberi restu kepada kegiatan tersebut. Pemimpin yang beragama Islam yang dilantik oleh tangan-tangan rakyat perlu sedar diri di mana letak diri kamu, dan amanah apa yang kamu junjung!
Mohamed Nazri patut malu kerana secara terang-terangan bersetuju untuk memberi lesen judi tersebut. Sedangkan Dr. Koh Tsu Koon minta ia ditangguh (Utusan, 19/06/2010).
Aku tidak fikir dengan pemberian lesen judi pertaruhan tersebut mampu memberi kesan yang begitu positif kepada ekonomi sesebuah negara. Mungkin sekadar menguntungkan si broker judi, dan kerajaan mendapat sedikit ‘faedah’ daripada cukai yang dikenakan kelak.
Aku juga tidak fikir dengan adanya lesen judi berstatus ‘halal’ tersebut, akan menyedarkan semua pihak untuk berjudi di saluran yang ‘halal’. Jika diberi, akan wujud juga pusat-pusat judi tanpa lesen. Penyelewengan dan penyalahgunaan lesen tetap akan berlaku juga. Lihat sahaja lesen yang diberi kepada premis-premis perniagaan hari ini. Wujud sebagai spa kecantikan dan rawatan, tapi hakikat di sebalik nama tersebut, rakus membuat perniagaan lain pula – sarang pelacuran. Ironinya, orang yang beragama Islam tanpa segan silu tidak putus-putus berkunjung untuk melanggan pelacur. Sudah bergelar bapa, anak dah ramai, masih ligat melanggan pelacur.
Di premis-premis 4D, TOTO dan sebagainya, pelanggan tetapnya juga orang Islam. Pahit untuk diperkatakan, tetapi itulah hakikatnya. Hari ini bertaruh, besok bertaruh,
lusa bertaruh. Hampir setiap hari menghambakan diri di premis judi. Semakin kaya atau semakin miskin, sendiri fikir..
Agama Islam itu sudah cantik dan hukum-hukumnya sudah jelas dan tidak perlu diperkemaskan lagi. Tetapi malangnya, penganutnya sendiri tidak mengambil pengajaran tersebut. Jika orang Islam sendiri tidak mahu ikut, apakah penganut lain mahu ikut???
Berjudi hanya merosakkan institusi masyarakat itu sendiri. Ia bermula daripada seorang individu. Ketagihan berjudi akan menyebabkan kewangan menjadi sempit. Bagi yang berkeluarga, paling teruk menerima kesan adalah isteri dan anak-anak. Ada yang sanggup bergolok bergadai dek kerana nafsu berjudi. Bila kalah bertaruh, keluarga menjadi mangsa sasaran melepaskan kemarahan. Bila menang, apakah berkat? Sebagai orang Islam dan ketua keluarga, apakah kita tidak sedikit pun rasa bersalah memberi makan pakai kepada anak-anak daripada sumber yang haram?? Apabila keluarga porak peranda, masyarakat itu sendiri akan rosak.
Kita sebagai orang Islam, bukanlah hendak menidakkan hak orang bukan Islam. Sampai ke hari ini pun, kita telah banyak bertolak-ansur. Malah, orang bukan Islam seperti di Malaysia adalah golongan yang dilindungi. Orang Islam yang baik tidak pernah mementingkan diri sendiri (kecuali pemimpin-pemimpin beragama Islam yang punya kepentingan perut atau kocek sendiri!). Cuma hormatilah suara-suara yang tidak mahu perkara yang haram kini di’halal’kan oleh pemimpin yang beragama Islam dan dianjurkan oleh sebuah negara yang majoriti rakyatnya berpegang kepada ajaran Islam.
Jika diteliti satu per satu, ajaran Islam itu sendiri bukan hanya untuk orang Islam, malah ia juga terpakai untuk bukan Islam kerana segala yang digariskan adalah bertujuan memberi manfaat kepada umat manusia sekaliannya.
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang dan di antara keduanya terdapat perkara syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia.  
........................................................................................................................
Kubur kita nanti memanglah lain-lain, tapi barang diingat bahawa Allah telah bersumpah dengan masa dengan berfirman bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
(Surah al-'Asr, ayat 1-3)
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)