churpchurp!!!!!!

Tuesday, November 30, 2010

Oh rokok!

Yeay...harga rokok naik lagi esok. Harga sekotak bagi 20 batang rokok kini mencecah RM14.20 [matilar!].  Bagi golongan tidak merokok, pasti ini satu berita gembira. Bagi si perokok pula, sah-sahlah ini malapetaka. Nampaknya, rokok kini lambang kemewahan ye adik-adik. So, kalau rasa tak mampu, xpayah berangan. Baik guna duit tu buat makan tiga kali sehari. Kali terakhir rokok naik harga pada Oktober lalu iaitu sebanyak 70 sen kepada RM9.40 [mStar Online]. Kerajaan terus-terusan mengaut keuntungan daripada cukai rokok yang dikenakan.So, bawa-bawalah berhenti. Isap benda lain la pulak...


Kita lihat sahaja sama ada dengan kenaikan harga rokok terbaru ini akan mengurangkan bilangan perokok di Malaysia atau sebaliknya. Jika tidak berkurang juga, alamat nak mampos la sume tu!

p/s: yes, i am a social smoker tapi 2 minggu aku dah xberasap...sedang berusaha!

Thursday, November 25, 2010

Kebesaran Jiwa Seorang Ibu


Kuatnya naluri seorang ibu hingga sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya!
 
 


 #### foto asli ####




 Sekiranya ibu ini adalah golongan fitrah di sisiNya, maka layaklah dia mendapat syurga...

Wednesday, November 24, 2010

Nuclear War??!


Perang Korea (1950-1953) masih belum tamat sepenuhnya!


Hubungan Korea Utara-Selatan kembali tegang apabila Korea Utara sekali lagi melancarkan provokasi dengan menyerang wilayah perairan dekat Pulau Yeonpyeong (1.00 petang waktu tempatan), milik Korea Selatan. Sebelum ini, Korea Utara didakwa sengaja melancarkan serangan hingga menenggelamkan kapal selam milik tentera Korea Selatan, menyebabkan ramai anak kapalnya terkorban. 


Serangan yang dilancarkan ke atas pulau yang menjadi pertikaian kedua-dua negara sejak sekian lama dianggap sebagai yang terburuk selepas tamatnya Perang Korea pada tahun 1953. Korea Selatan yang berang susulan provokasi jirannya itu telah bertindak-balas serta-merta dengan mengerahkan sejumlah pesawat tempur ke ruang udara pulau tersebut.

Apa kata negara besar??!
(i) AS dan Russia antara yang lantang mengecam tindakan Korea Utara tersebut. 

(ii) China bagaimanapun menolak untuk menyalahkan sekutunya itu, sebaliknya meminta kedua-dua negara perlu membuka lebih banyak ruang perdamaian.

(iii) Jepun menganggap tindakan Korea Utara itu tidak boleh dimaafkan. 

Meskipun umum sedia maklum bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ada pasang-surutnya, tetapi serangan baru-baru ini begitu mengejutkan dunia. Banyak pihak terutamanya pemerhati politik berpendapat keadaannya amat meruncing. Sekiranya ia berterusan, ini memungkinkan tercetusnya peperangan. Lebih ditakuti apabila kedua-dua negara tersebut bertindak mengikut emosi sehingga mengheret bukan sahaja rakyat Korea...tetapi wilayah sekitarnya (Asia) ke kancah perang nuklear!


####

Mohon dijauhkan...kerana perang nuklear tercetus dalam rantau ini, nyata ia membawa kesan yang maha dahsyat.

p/s: no more korean drama if nuclear war broke T.T

Friday, November 19, 2010

World Toilet Day??! Heck No!!

Selak punya selak Metro hari ni, baru aku tau today is world toilet day [yeahhhh!!]. First thing crossing in my mind is i thought it was only a campaign in Malaysia, but then i realized that it was around the globe [erkkk!].


Walaupun ada yang kata, "Oh, it is a good campaign to encourage people to keep their toilet clean..."
tapi aku secara peribadi memang tak ler! Aiyo, perlu ke kempen sebegitu?! What's the significance of that campaign?After all it just a day. Setakat bayar beribu untuk masuk iklan one page, tak payah. Speaking of which, bab2 tandas ni xpayah la sampai nak masuk kempen segala. Cukup2 lah kempen yang dah berlambak kat Malaysia ni. Berikut adalah kempen2 yang terdapat di Malaysia:

1. Kempen marilah membaca (% yang buku baca picisan, porno etc lebih tinggi kot daripada buku ilmiah).

2. Kempen katakan tidak / taknak kepada rokok (it's good but still bilangan perokok baru semakin meningkat. Lebih babi ada yang belum habis sekolah dah merokok macam pro...)

3. Kempen budi bahasa budaya kita (lol...makin ramai je rakyat Malaysia yang berperangai mcm pukimak, baik di kaunter2 agensi gomen [opss!], di jalan raya, atau jiran sebelah rumah yang kekwat semacam).


4. Kempen guna Bahasa Malaysia / Melayu sebagai bahasa kebangsaan (heloow, menteri di Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat sendiri pun sibuk nak tukar TALIAN NUR kepada CHILDCARE, walhal kempen tersebut sedang berjalan. Apa komen Dr. Rais?! Propa). 

5. Kempen berhati-hati di jalan raya (xpayah la sibuk2 nak jaga nyawa orang lain, kalau mentaliti tu dah benak sgt dgn kelas-3. Senang citer "anda memang tidak mampu merubahnya sampai mampos") ...even abg2 polis beratur kt sepanjang highway kt Malaysia ni pun, blom tentu capai kemalangan sifar.

6. Kempen sayangi sungai kita (hampir 90% sungai di Malaysia tercemar tahap radioaktif...sbb tu sekarang ni timbul isu virus kencing tikus..)

7. Kempen beli produk buatan Malaysia (ada rakyat Malaysia kisah??)

8. Kempen bunuh aedes, cegah denggi (% kena jangkitan denggi tahun 2010 lebih tinggi lebih tinggi daripada 2009...apa kes?!, dasar malas dan pengotor)

9. Kempen belia benci dadah (makin ramai artis kita kena tangkap sbb dadah, ramai juga kes pelancong yang kantoi bawa masuk dadah. tu yg kantoi, yg 'ter'lepas?)
 
Dek kerana banyaknya kempen di Malaysia, jangan terkejut kalau akan datang ada kempen berbunyi:
1. Kempen sayangi anak perempuan anda (dek kerana terlalu banyaknya kes rogol!)
2. Kempen 1 suami, 1 isteri (terpengaruh dgn iklan 1Malaysia ler tu..)
3. Kempen isterimu, isteriku jua (sape ntah yang propose idea ni, semuanya gara2 ramai isteri didera)

Hari ni dan dan pulak Kempen Hari Tandas Sedunia [motif?]. Setiap kali aku masuk tandas awam kt Malaysia ni, aku sendiri terpaksa jadi 'tukang cuci sekejap' untuk menyempurnakan sisa-sisa orang terdahulu [babi sangat perangai xreti nk flush!]. Bukan kt tandas awam jerk,tapi kt tempat yang rata2 dihuni oleh golongan terpelajar [universiti] dan golongan profesional [tempat kerja] pun sama. Fed up sial perangai manusia macam ni!

Begitulah. Setiap hari kita dimomokkan dengan kempen itu dan ini. Kerajaan terpaksa belanja berjuta semata-mata nak promosi satu2 kempen. Sedangkan kita sendiri tahu ia tidak terkesan langsung di jiwa. Apakah rakyat Malaysia tak boleh hidup tanpa kempen? I guess it's no worth to promote such campaign among Malaysians because most of us are so proud with this comfort zone >>> third class-minded [awesome!].

Tuesday, November 16, 2010

Ngangkung


Tak kira...tak kira....after raya haji kena gak serbu GSC kt mana2 lah, semata-mata nk tengok Ngangkung! Filem melayu seram + komedi terbaru keluaran Tauke kaya David Teoh [MIG]...ceh, aku xdela kemaruk sgt nk tgk citer melayu sbb kebanyakkannya tahap sampah![lol]. Bukan aku kata, mmbr aku kata. Jujur giler.

Tp sbb ada Shaheizy Sam dlm citer ni, ku gagahi gak utk tengok nanti [motif???!]. Suka sangat cara beliau melakonkan watak yang sengal2 ayam tu. Lawaknya begitu bersahaja, nyata beliau ada kelas tersendiri. [xdela mcm sesetengah artis, plastik sgt melawak]. After all, dia kacak kot!...Amatlah yakin kebanyakkan yg dtg nonton ni nnt sbb si Sam. Cuba pelakon lain....ya ado!  

Untuk sinopsis [klik sini]. Harap2 xmengecewakan and terbaik mcm Adnan Sempit. Chow~

[trailer]

Friday, November 12, 2010

Fakta tentang keyboard...apasal berterabur??!

Mungkin ada yang pelik, mungkin juga ada yang sudah tahu mengenainya. Bayangkan seorang setiausaha berpengalaman mampu menaip dengan pantas tanpa melihat ke papan kekunci, sedangkan hurufnya berterabur. Rupanya setiap kombinasi dan urutan sesuatu huruf itu mampu mempengaruhi tahap kepantasan seorang manusia untuk menaip. Ia bukan sekadar hafalan semata. Speaking of which, aku pun baru tahu [lol].

Sejarahnya, ia berkait rapat dengan type-writer [Azlan and the typewriter, confirm gubah lirik guna type-writer lagi!]. Ada di antara kita mungkin pernah jumpa dan menggunakannya. Tapi budak sekarang aku berani cakap, confirm jakun tahap gaban bila jumpa mesin taip zaman tok kaduk ni. 





QWERTY merupakan sususan yang diterima pakai secara universal. Ia diambil daripada 6 huruf terawal pada baris pertama susunan alphabet di atas keyboard. Ia merupakan ciptaan Christoper Latham Sholes pada tahun  1860. Namun, setiap inventor pasti menerima kritikan di awal ciptaan mereka [It's prejudice!]. 

 Patent terawal yang dilakar pada tahun 1878

C.L. Sholes menghabiskan beberapa tahun untuk menyusun kombinasi huruf pada prototaipnya. Pada masa yang sama beliau mula dikritik oleh beberapa penulis hebat ketika itu dengan mengatakan susunan huruf pada keyboard ciptaannya hanya melambatkan pergerakkan jari si penaip. Tapi, ia adalah sebaliknya. Tujuan utama beliau adalah untuk mencari kombinasi yang paling pantas dalam membantu pergerakan jari-jemari apabila menaip. Sehinggalah, beliau pada satu ketika [mungkin sudah buntu] mengacak-acak urutan huruf tersebut sampai ditemukan dengan kombinasi yang dianggap paling sukar untuk digunakan dalam menaip. 

Akhirnya, susunan QWERTY inilah yang diturunkan ke atas keyboard bagi input setiap komputer pada 1973, ia dirasmikan oleh keyboard standar ISO (International Standar Organization).

 QWERTY vs DVORAK

Selain QWERTY, ada beberapa standar urutan keyboard yang diguna iaitu ASK (American Standar Keyboard). Umumnya, ia disebut DVORAK yang ditemukan oleh Dr. August Dvorak sekitar tahun 1940. Jika diteliti pada urutan DVORAK, ia memungkin kita untuk menaip dengan lebih pantas dan efisien. Ini kerana peratusan kebergantunggan ke atas tangan kanan adalah lebih tinggi [56%].Tapi penemuan beliau agak lambat, apabila urutan QWERTY telah mendominasi dan diterima pakai oleh kebanyakkan syarikat besar ketika itu. Untuk mengubahnya mungkin dianggap tidak wajar, kerana rata-rata telah selesa dengan QWERTY.

Ia turut diakui sendiri oleh American National Standard Institute (ANSI) bahawa urutan DVORAK merupakan alternatif kepada QWERTY sekitar tahun 1970 [pasti mengubati sedikit kekecewaan Dr. August Dvorak!]. Perkembangan demi perkembangan berlaku selepas urutan QWERTY. Antaranya, QWERTZ [dipakai di negara Hungaria, Jerman, Swiss dll], AZERTY [Perancis dan Belgian], QZERTY dll.  
p/s: merupakan salah satu soalan dlm PTD exam aku. Babi sangat kan! 

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts

::Sebait kata::

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"


(Riwayat Bukhori dan Muslim)