::Copenhagen Failed!!!::
United Nation’s Climate Changes Conference di Copenhagen berakhir semalam. Biarpun penganjurannya buat julung kali ini dianggap begitu significant apabila berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin dunia – negara-negara maju, membangun, miskin juga kepulauan untuk bercakap sedikit soal alam. Isu ini begitu sunyi dari sudut pandang kebanyakkan pemimpin dunia. Ia sekadar didendangkan oleh kelompok-kelompok kecil bergelar pencinta alam atau greenpeace.
Persidangan di Copenhagen mungkin telah terlalu lambat tetapi paling tidak pun ia telah membuka satu lembaran baru yang membawa penyatuan antara negara-negara untuk menyelamatkan ekosistem alam daripada terus rosak. Ia bukan lagi isu kecil yang dapat ditangani oleh sebilangan negara kecil, tetapi ia kini isu global yang menuntut negara-negara maju seperti AS, China, Rusia dan Jepun untuk memandang serius isu ini kerana merekalah penyumbang terbesar kepada pemanasan global dan pencemaran selama ini. Apa yang perlu adalah bukan sekadar cakap kosong tetapi tindakan segera wajar diambil.
Lebih menyakitkan hati apabila hingga ke akhir persidangan, masih tiada persepakatan dicapai antara pemimpin terutamanya dikalangan negara-negara maju. EU turut menyifatkan perjanjian yang dibuat oleh AS dan China dianggap sebagai 'imperfect but better than no deal' ....sigh....
when ice is gone...
Popular Posts
-
Selak punya selak Metro hari ni, baru aku tau today is world toilet day [yeahhhh!!]. First thing crossing in my mind is i thought it was onl...
-
Al-Fatihah buat Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan bagi daerah dan jajahan takluk n...
-
Surat khabar Berita Harian (BH) hari ini di kecam hebat gara-gara ilustrasi yang di anggap 'tidak sensitif' dengan apa yang berlaku ...
::Sebait kata::
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara"
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
No comments:
Post a Comment