Ahad lepas, member baik kitorg kahwin. Kitorg pakat utk ke majlis pihak lelaki di Sg. Pulai Muar. Majlis pihak perempuan awal seminggu sebelumnya tp kitorg xdpt nk pergi sbb masing-masing busy. Plan asal ingt nk sewa kereta, tp xdpt guna sbb owner dia kata kereta tu accident. Ntah ye ntah tak…
Kitorg mati kutu gak sbb dah mmg last minute gile. Nak cari lain confirm xde sbb raya haji. Susah sgt kitorg decide naik bas je dari Pudu turun kt Melaka Sentral. Kat sana mmbr ktorg (khairil) amik. Dalam 8.05pm kitorg bertolak dari Pudu and sampai kt Melaka Sentral 2 jam kemudian.
Dari sana, trus pecut ke umah makcik Khairil di Parit Pechah, Muar utk bermalam. Lagipun jarak umah makciknya dengan umah pengantin lelakinya xjauh. Senang skit sbb si Khairil ni jd pengapit, so pepagi dah kene ready.
Pagi hari majlis tue, sempat gak kitorg round2 tepi parit and pegi tengok laut. Dalam pada tue aku sempat kutip daun2 pokok bakau utk sample project aku.
Laut yang xberapa nak cantik....o.O

Walaupun berlatarbelakangkan ntah pe2..yg penting enjoy dgn semua muka x mandinyerrr ^^
Dalam kul 10am ktorg dah ready nak gerak ke rumah pengantin. Mmg excited nk tengok mmbr kitorg sorang nie kawin. Maklumla, kitorg dah masak sgt dgn perangai kedua-dua mempelai. Sejak kenal sampai sampaila ke jinjang pelamin. Mcm2 dugaan yang diorg lalui (juga yg dilalui kitorg). Walaupun satu ketika, diorg pernah 'breakup', akhirnya dapat disatukan kembali. Aku secara peribadi happy gile hubungan diorg ni berakhir dgn perkahwinan. Manakan tidak, aku la tempat luahan perasaan masing-masing. Kira jadi org tengah la. Sekadar mahu yang terbaik untuk seorang sahabat. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Saat2 indah mereka...
Kahwin serentak dengan kakaknya...
Bermain dgn anak buah si pengantin lelaki ^^...tanda2 nk berkeluarga nampak~
Rombongan pengantin dah sampai ^^






Seronok tengok mmbr baik kawin. Rasa nk kawin plak...HAhahaha~
Selesai sudah majlis kawin dalam kul 4pm tue, kitorg menyusur ke Kulai plak. Pegi umah aku. Aku excited gak sbb diorg ni first time nk dtg umah aku. Selain jumpa parent aku, plan nk bawak diorg ni semua ke kampung, umah atok nenek aku. Ayah ngn adik aku bagi tau yang drama 'Cinta Balqis' sebahagiannya shooting kt sini. Cam xcaya plak kan...Dalam pada tue, diorg nk tgk sangat lembu2 ayah aku...bergambar berposing dgn segala macam. Lepas lunch tu, kitorg gerak ke Melaka utk mendapatkan asam pedas yang telah disediakan ibu Khairil. Yummmmyy~ Mmg superb...maklumla org Melaka.
Aku ngn housemate aku terpaksa gerak dulu kul 6pm dr Melaka Sentral sbb esok dah keje and kami pulak duduk di Putrajaya. Jauh tue~ Diorg yg lain gerak kul 9.00pm. Even dengan masa yang masa sesingkat ini, we're enjoying our trip ke Melaka-Muar-Kulai (merentasi sebahagian besar daerah2 Negeri Johor). Atok and nenek aku pun happy jmpa budak2 ting-tong ni semua. Atok aku pesan, datangla ke sini lagi bila time musim durian. InsyaAllah...aku akan heret diorg lagi....^^V